ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: {UPDATE} GAMBAR 2 ANGGOTA POLIS MAUT DIHEMPAP POKOK

Monday 13 October 2014

{UPDATE} GAMBAR 2 ANGGOTA POLIS MAUT DIHEMPAP POKOK



KUALA LUMPUR, 13 Okt - Dua anggota polis maut selepas kontena pondok polis tempat mereka bertugas dihempap sebatang pokok semasa hujan lebat di Jalan Belfield, Kampung Attap, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata dalam kejadian 7.09 malam itu, mangsa Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, meninggal di tempat kejadian manakala rakan setugasnya Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48, menghembuskan nafas terakhir semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Allahyarham Mohd Sharil Hisham berasal dari Sabah manakala Allahyarham Dzulkhairi berasal dari Kerinchi, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua ahli keluarga Allahyarham sudah dimaklumkan. Kedua-dua mangsa kini ditempatkan ke Institut Perubatan Forensik Negara HKL untuk dibedah siasat esok," katanya ketika ditemui pemberita di Zon Kritikal HKL.

Zainol Samah, kedua-dua mangsa bertugas dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dan ditugaskan di lokasi berkenaan yang menjadi pejabat setor menyimpan barang kes.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan operasi mengeluarkan mangsa melibatkan 28 anggota dari balai Sungai Besi dan Hang Tuah.
Bernama



No comments:

Post a Comment