ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #BAJET2015 UNTUK RAKYAT : PERUNTUKKAN DINAIKKAN RM273.9 BILION

Friday 10 October 2014

#BAJET2015 UNTUK RAKYAT : PERUNTUKKAN DINAIKKAN RM273.9 BILION

Bajet 2015
KUALA LUMPUR, 10 Okt - Mendengar denyutan nadi rakyat berhubung keluhan kenaikan kos sara hidup, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini membentangkan Bajet 2015 yang memberi fokus kepada meringankan beban mereka, seiring dengan usaha memajukan ekonomi negara.

Ketika membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan kali ini menitikberatkan keseimbangan antara ekonomi modal dan ekonomi rakyat.

"Ekonomi Keperluan Rakyat menjadi paksi dan pegangan dalam mendahulukan kepentingan rakyat. Barulah nanti, apabila kita mencapai status negara maju, nikmat kekayaan dan kemakmuran sebenar negara akan melimpah ke kaki-kaki halaman serta mengetuk pintu-pintu rumah setiap rakyat di negara ini, Insya-Allah," katanya.

Ekonomi yang berorientasikan rakyat itu merujuk kepada kepentingan rakyat bukan sahaja daripada segi kos sara hidup, pendapatan isi rumah tetapi juga merangkumi peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan, kualiti hidup, perumahan, latihan, kemahiran, keusahawanan dan keselamatan.

Sebanyak RM273.9 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2015 yang meliputi RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM50.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

No comments:

Post a Comment