ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENGERUSI PKR KELANTAN MAHU NIK ABDUH JELASKAN FAKTA ‘PAS DIBULI’

Friday 10 October 2014

PENGERUSI PKR KELANTAN MAHU NIK ABDUH JELASKAN FAKTA ‘PAS DIBULI’


Kota Bharu – Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir menegaskan bahawa Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz perlu mengeluarkan penjelasan berfakta berhubung isu dakwaannya mengatakan Pas dibuli parti komponen PR. Fakta yang jelas perlu diberitahu kepada seluruh masyarakat bagi mengelak daripada berlakunya sebarang fitnah melibatkan semua pihak yang ada dalam PR itu sendiri.
“Saya tidak nampak apa-apa (buli) berlaku dalam PR, jika ada, saya berharap sangat Nik Abduh boleh kemukakan apakah yang dikatakan buli tersebut, sama ada dalam pembahagian jawatan atau sebagainya,” katanya.
Beliau mengulas dakwaan Nik Abduh yang menyatakan Pas seolah-olah dibuli PKR dan DAP, selain terdapat usaha untuk membakar sentimen masyarakat untuk membenci Pas.
Aziz berkata, tiada bukti yang jelas menunjukkan mana-mana pihak dalam komponen PR dikatakan membuli Pas terutamanya dalam memperjuangkan kepimpinan untuk mengambil alih pemerintahan negara. Di Kelantan sendiri juga PKR adalah minoriti berbanding Pas, maka istilah membuli di negeri ini tidak boleh dipakai langsung.
“Pas Kelantan besar, kami (PKR) kecil, mustahil kecil buli besar, malah kalau beliau (Nik Abduh) bercakap mengenai keseluruhan parti (pusat) pun, saya tidak nampak di mana yang dikatakan buli itu, harap beliau tampil jelaskan dan buktikan kepada kita semua,” katanya lagi.
Nik Abduh juga dinasihatkan untuk mengadakan perbincangan dengan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat jika mempunyai kesulitan atau ketidakpuasan hati mengenai isu-isu seperti ini bagi mengelak ia akan disalah tafsir mahupun menjadi polemik mainan parti lawan.

No comments:

Post a Comment