ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SAWAN : INFO YANG PERLU ANDA TAHU

Friday, 13 June 2014

SAWAN : INFO YANG PERLU ANDA TAHU




Ada 2 jenis sawan yang biasa berlaku iaitu:
 1.      Sawan Absense
 2.      Sawan Tonik-Klonik
 Lain-lain sawan yang sering menyerang ialah: 
    1.      Sawan Mioklonik
2.      Sawan Atonik
3.      Sawan Tonik


JENIS SAWAN
CIRI-CIRI
SAWAN ABSENCE
Juga dikenali sebagai 'petit mal' atau dalam bahasa Perancis disebut 'little sickness'.
Selalunya bermula pada peringkat kanak-kanak berumur 5-10 tahun, kadangkala boleh berlanjutan sehingga umur dewasa.
Kebiasaannya kanak-kanak akan memandang kosong untuk beberapa minit, mata terbeliak dan pesakit mungkin tidak akan sedarkan diri .Kanak-kanak tidak akan jatuh tetapi mereka akan sedar dengan segera, walaubagaimanapun  serangan mungkin akan berlaku secara berterusan dan mungkin banyak kali dalam hari yang sama.
Onset berlaku secara tiba-tiba, terdapat gangguan pada aktiviti yang dijalankan, kemungkinan mata pesakit akan terpusing ke atas dengan pantas.Dalam masa yang sama pesakit boleh terkencing, mata terbeliak dan kadang-kadang dalam kes yang teruk pesakit mungkin terberak.

SAWAN TONIK-KLONIK
Juga dikenali sebagai 'grand mal'- jangkamasa ketegaran tonik disusuli kemudiannya oleh penyentakan badan yang teruk.
Cara untuk mengesan perubahan pada pesakit;
Ø      Pesakit mungkin akan bernafas dengan cepat atau menangis sebelum hilang kesedaran
Ø      Anggota badan menjadi rigid atau kejang, pernafasan terhenti dan bibir pesakit menjadi biru.
Ø      Mata pesakit terbeliak, rahang mengetap dan kemungkinan boleh menyebabkan lidah terkancing oleh kedua-dua gigi.
Ø      Fasa tonik akan diikuti 30-60 saat dalam fasa klonik kemudian anggota badan mula mengalami kekejangan ( ambil masa beberapa minit)
Ø      Pesakit akan sedar beberapa minit kemudian tetapi mereka mungkin akan mengalami kekeliruan untuk beberapa ketika dan kebiasaannya mereka akan tidur untuk beberapa jam .
Ø      Pesakit juga akan mengalami sakit kepala dan kesakitan yang amat sangat pada otot-otot yang telah mengalami kontraksi tadi.

SAWAN MIOKLONIK
Sawan ini berlaku secara tiba-tiba, simetrikal, kejang anggota badan, mungkin atau tidak mungkin diikuti dengan kehilangan kesedaran .
Serangan mungkin sekali sahaja atau boleh berulang-ulang dengan cepatnya.

SAWAN ATONIK
Sawan ini akan menyebabkan pengidapnya kehilangan tone otot-otot pada anggota badannya. Jadi berkemungkinan besar pesakit akan rebah atau jatuh ke lantai secara tiba-tiba.
Corak sawan ini biasanya berlaku di dalam kanak-kanak yang mengalami kecederaan di otak, kekurangan oksigen semasa saat kelahiran atau mengidap meningitis.

SAWAN TONIK
Badan pesakit juga akan menjadi rigid atau kaku.
Pesakit mungkin atau tidak mungkin kehilangan kesedarannya
Sangat biasa terjadi didalam kanak-kanak yang mengalami masalah yang tenat di otaknya.






































































Ketika Sawan


1. Jangan Panik. Cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku.

2. Longgarkan segala pakaian.

3. Jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah.

4. Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan.

5. Lap apa-apa yang lendiran atau air liur yang keluar dari mulut.

6. Duduk bersama anak anda sehingga sawan tamat.

Setelah Sawan

1. Baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ini akan mengelakkan daripada muntah atau lendiran masuk ke dalam paru-paru.

2. Jangan beri anak anda minum ubat atau air, atau makan sekiranya anda tidak pasti anak anda telah sedar sepenuhnya.

3. Bawa ke klinik atau hospital. Biasanya doktor akan masukkan rectal diazepam 5 -10 mg untuk mengelakkan terjadinya sawan demam daripada berulang atau sawan yang berpanjangan.

4. Masuk ke wad sekiranya perlu. 

No comments:

Post a Comment