ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MALAM NISFU SYAABAN

Thursday 12 June 2014

MALAM NISFU SYAABAN

Malam Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban merupakan pertengahan bulan atau hari ke-15 dalam bulan Syaaban mengikut kalender Hijrah. Dalam Kalendar islam, 30 Mei 2014 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban bersamaan 1 Syaaban 1435H. Oleh itu, pada 15 hari berikutnya dalam bulan Syaaban, 13 Jun 2014 adalah pertengahan bulan Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1435H. Manakala malam Nisfu Syaaban jatuh pada 12 Jun 2014 (Khamis) sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.
Tarikh Penting Bulan Syaaban 2014
1 Syaaban 1435H: 30 Mei 2014
15 Syaaban 1435H: 13 Jun 2014
Malam Nisfu Syaaban: 12 Jun 2014 (Khamis): sebaik sahaja lepas waktu Maghrib
Pengertian Nisfu Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Antara Amalan Pada Malam Nisfu Syaaban
1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya. 

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban
Kelebihan Malam Nisfu Syaaban
p/s: Jom mengimarahkan masjid dan surau di malam Nisfu Syaaban


No comments:

Post a Comment