ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KOMEN DATUK MAH & DYANA SELEPAS KEPUTUSAN DIUMUMKAN

Sunday 1 June 2014

KOMEN DATUK MAH & DYANA SELEPAS KEPUTUSAN DIUMUMKAN


Kemenangan satu titik perubahan - Mah
TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong berkata kemenangan beliau pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan akan membawa satu titik perubahan bukan sahaja di kawasan itu malah kepada parti Gerakan.

Presiden Gerakan itu menyifatkan pertandingan kali ini amat sengit namun parti komponen BN membuktikan kemampuan untuk menang jika bersatu.

"Bagi saya, ini juga satu titik perubahan kepada Gerakan. Saya bangga dengan kerjasama antara parti komponen BN yang membawa kejayaan" katanya ketika ditemui pemberita selepas diumum sebagai pemenang dalam PRK itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di sini malam tadi

Mah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya yang mendapat 19,919 undi.

Beliau juga amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang banyak memberi nasihat dan bimbingan dalam perjuangan kali ini.

Mah berkata sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan pengundi Teluk Intan, beliau akan berkunjung ke pasar besar untuk menemui sendiri mereka yang menyokongnya.

sementara itu, Dyana Sofya Mohd Daud semasa berucap di depan kira-kira 200 penyokong dan jentera Pakatan Rakyat di sini malam tadi, melahirkan rasa kecewa kerana gagal mempertahan kerusi DAP di Parlimen Teluk Intan.

Bagaimanapun, beliau berikrar akan meneruskan perjuangan parti itu dan berjanji tidak akan menghampakan penyokong.

"Saya tetap akan berada di sini dan memberi fokus kepada masyarakat di sini," kata setiausaha politik kepada anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, yang juga Penasihat DAP.

No comments:

Post a Comment