ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JAKIM CADANG LAKSANA HUDUD SECARA BERPERINGKAT

Thursday 5 June 2014

JAKIM CADANG LAKSANA HUDUD SECARA BERPERINGKAT


Muka depan Oriental Daily 4 Jun melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu laporannya telah mencadangkan hukum hudud dilaksanakan melalui dua peringkat.

Laporan Jakim itu dikatakan telah dikemukakan dalam satu mesyuarat tertutup dengan Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) pada bulan lalu.

"Dalam satu laporan bertajuk Pelaksanaan Hukum Hudud Secara Berperingkat: Tidak Melanggar Perlembagaan, ia menegaskan bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Namun dalam laporan belasan muka surat ini, ia tidak menyebut bila dan jadual pelaksanaan hukum hudud," demikian lapor Oriental Daily.

Laporan Jakim itu turut menegaskan bahawa Malaysia bukan negara sekular kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan demikian,

"Kanun Keseksaan Malaysia adalah berasaskan Kanun Keseksaan India, Kanun Keseksaan India pula dipengaruhi oleh hukum hudud.

"Oleh itu tidak berlaku percanggahan antara kedua-dua undang-undang malahan mempunyai banyak persamaan, tetapi hukum hudud tidak dilaksanakan," lapor Oriental Daily memetik laporan Jakim tersebut.

No comments:

Post a Comment