ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD : PAS SETUJU DAP AMAL "POLITIK SUKU AGAMA SUKU" !!!

Friday 13 June 2014

HUDUD : PAS SETUJU DAP AMAL "POLITIK SUKU AGAMA SUKU" !!!


PERTEMUAN antara Nik Aziz dan Lim Kit Siang semalam membuktikan bahawa Nik Aziz sekali lagi dipergunakan untuk menenangkan penyokong PAS yang naik angin bila Ahli Parlimen Puchong DAP, Gobind Singh tuduh PAS dan hudud punca DAP kalah di Teluk Intan.

Apa pun, kalau diteliti betul-betul laporan pertemuan antara dua pemimpin ini yang disiarkan Harakah,  tak satu pun ayat yang menunjukkan Kit Siang mengakui Gobind salah.  Malah Kit Siang akui hudud memang salah satu punca, cuma kata dia bukan punca utama macam yang Gobind cakap.

Selain itu, pertemuan ini juga dijadikan medan untuk PAS sendiri membuktikan parti itu tetap bertegas pasal hudud, sebab itu Nik Aziz dikatakan ada menegur Dyana Sofya kerana pendiriannya menolak hudud sepanjang kempen berlangsung – sebelum wartawan keluar dan pertemuan diadakan secara tertutup.

Seolah-olah sengaja dibuat untuk tujuan publisiti

Jawapan balas Dyana selepas itu yang menjadi perhatian sebab Dyana dipetik sebagai berkata “sebagai Islam saya tak tolak hudud tapi pendirian saya sama macam DAP (tolak hudud)” – aka tolak hudud jugalah.

Secara tak sedar, kenyataan ini membuktikan bahawa DAP dan muslim muslim yang menyokong parti itu, mengamalkan dasar politik suku agama suku yang selalu PAS tuduh pada UMNO.  Sebab itu ada pemisahan antara Dyana sebagai muslim dengan Dyana sebagai penyokong DAP dalam soal menerima hudud.

Boleh pulak PAS kerjasama dengan parti macam ini?  Kalau sekali pandang nampak pelik sebab inilah antara alasan terbesar PAS tolak UMNO, kenapa dengan DAP boleh pulak?   Tapi bila masukkan elemen gila kuasa dan duit, takde apa yang peliknya lah.


Itu sajalah isunya pun kenapa PAS boleh kerjasama dengan DAP, tidak dengan UMNO – gila kuasa.  Islam?  Itu hanya alasan.  Tengok tudung Dyana masa jumpa Nik Aziz pun tahu.  Cuba kalau orang UMNO pakai macam tu, berbuih-buih macai mempertikaikan, bawak hadis apa segala.
Credit : MyKMU.net

No comments:

Post a Comment