ALOR SETAR: Gara-gara dadah, seorang datuk sanggup membawa cucunya bersama melepaskan gian.
Lelaki berusia 45 tahun itu diberkas polis di dalam keretanya, sewaktu diberkas lelaki itu pengsan kesan akibat mengambil dadah secara berlebihan.
Ekoran tidak lagi mampu memandu pulang ke rumahnya di Gunong Kriang, dia nekad memparkir kereta jenis Honda di hadapan sebuah restoran di Simpang Kuala, Alor Setar lewat petang semalam.
Sebuah kenderaan daripada unit MPV Ibu Pejabat Polis Daerah Kota datang membantu dan berjaya mengumpil lalu membuka pintu kereta itu.
Setelah membukanya mereka menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang sedang menangis di tempat duduk sebelah pemandu.
Setelah disoal siasat lelaki itu mengakui dia baharu sahaja mengambil dadah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan, lelaki itu kemudiannya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Daerah Kota Setar bagi menjalani ujian air kencing.
Akhirnya dia disahkan positif dadah jenis methaphetamin.
Tertuduh bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan dadah dan jika sabit kesalahan akan disiasat dibawah Seksyen 15 (1) (B) Akta Dadah.
Cucu tertuduh diserahkan kepada ibu bapanya yang juga anak kepada lelaki terbabit.
No comments:
Post a Comment