ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ALANGKAH SINGKATNYA HIDUP INI !!!

Thursday, 12 June 2014

ALANGKAH SINGKATNYA HIDUP INI !!!

Hidup ni rasa singkat sangat-sangat. Sebentar tadi dunia ni terang. Sekarang dah pun gelap semula. Sekejap lagi akan terang kembali. Singkat betul rasanya kan?

Kita tarik nafas dalam masa beberapa saat saja. Lepas tu kita hembuskan balik. Jarak masa antara tarik dan hembus tu kejap saja kan? Kita sendiri boleh rasakannya. Lain lah kalau kita sengaja tahan nafas kita tu.

Tapi...Hakikatnya, masa yang ada memang singkat sangat. 

Masa dulu kita kecil sangat. Nak jalan pun payah sangat-sangat. Terpaksa di gendong oleh orang lain. Di bawa ke sana ke mari agar kita dapat lihat persekitaran di tempat yang lain. Dan bila tiba masanya untuk kita tidur, kita akan diletakkan di tempat tidur kita.

Sekarang kita dah semakin dewasa. Meningkat sedikit demi sedikit. Dan akan tiba masanya kita akan di papah serta di angkat semula oleh orang lain kerana masa tu kita sudah tidak ada daya upaya lagi untuk melangkah. Dan bila tiba masanya, kita akan di angkat pulak oleh orang ramai untuk diletakkan di suatu tempat di mana kita akan tidur buat selama-lamanya di situ. 

Dan di situlah bermulanya perjalanan kita untuk menuju ke sebuah destinasi yang akan  kekal abadi buat kita. Baik atau tidak, itu bergantung kepada corak kehidupan kita di dunia. Jika cantik dan indah coraknya, maka cantik dan indah jugalah destinasi yang akan kita tuju. Jika cincai sahaja coraknya, maka berliku-likulah perjalanan yang akan kita tempuh sebelum sampai ke destinasi yang di tuju.

Namun, semua itu terpulang kepada Yang Maha Esa untuk menentukannya. Samada SYURGA ataupun NERAKA

Pilihan ada di tangan kita. Semua yang datang dari ALLAH SWT itu adalah baik. Sekarang terpulang kepada kita untuk menjadikannya terus baik ataupun sebaliknya. 

Tak semua manusia di lahirkan sempurna. Cuma, jangan jadikan ketidaksempurnaan itu sebagai alasan untuk kita terus menjauhkan diri dari NYA. 

InsyaALLAH. ALLAH akan bantu kita jika kita benar-benar punya keinginan yang kuat untuk mengubah diri kita ke arah kebaikan. 

Berubah sikit-sikit dan berterusan lebih baik bukan. Daripada kita lakukan perubahan secara mendadak lepas tu berhenti secara mendadak jugak. 

Tapi hidayah tu milik ALLAH. Kita cuma boleh usaha saja. Apa yang boleh kita buat hanyalah berserah kepada NYA. 


SINGKATNYA HIDUP INI..

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Umur-umur umatku berkisar antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun. Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu".
(Riwayat Tirmizi).

Bayangkan......,
Ini bererti jika kita berjaya hidup selama 63 tahun,
maka itu sama dengan 1 1/2 jam sahaja hidup di akhirat.
Sangat singkat.
Rasa yang terlalu singkat ini tidak akan kita rasai hakikatnya di dunia ini, tetapi di akhirat nanti pasti kita akan merasainya.

Allah s.w.t. berfirman (yang bermaksud),
"Dan masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja daripada waktu siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan,
dan yang tidak mendapat petunjuk ".
*Quran - Surah Yunus : 45*
 

No comments:

Post a Comment