ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AL FATIHAH : IMAM BESAR MASJID NEGERI SELANGOR MENINGGAL DUNIA

Monday, 9 June 2014

AL FATIHAH : IMAM BESAR MASJID NEGERI SELANGOR MENINGGAL DUNIA


SHAH ALAM - Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri meninggal dunia pada jam 9.07 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Tuan Ahmad Zaharin Mohd Saad, jenazah imam tersebut akan dibawa ke Masjid Negeri pada malam ini untuk dimandi dan dikafankan.

"Bagi mereka yang ingin menziarah jenazah bolehlah ke Masjid Negeri Selangor malam ini," katanya memetik kenyataan medianya, sebentar tadi.

Selasa lalu, arwah yang berusia 39 tahun dimasukkan ke Hospital Selayang selepas mengadu mengalami sesak nafas.

Bagaimanapun pihak hospital tersebut memutuskan arwah dirujuk ke Institut Jantung Negara bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) di Unit Jantung Negara, Kuala Lumpur pada Rabu lalu dan dilaporkan keadaannya stabil.

No comments:

Post a Comment