ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: CALON PM : SAYONARA ANWAR

Monday, 1 January 2018

CALON PM : SAYONARA ANWAR

Bukan lagi rahsia Pakatan tidak sepakat dalam isu calon PM jika mereka menang #PRU14. Akibat hasutan Tun M yang diangkat menjadi #TopDog Pakatan, akhirnya Anwar Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan penuh untuk menjadi calon PM.

Pakatan yang diketuai DAP mahu memilih calon PM baharu kerana sedar Anwar tidak mungkin dibebaskan dari penjara. Masalah timbul pula apabila Pakatan tidak sepakat tarikh untuk umumkannya. Ada yang mahu diumumkan ketika konvensyen Pakatan pada Januari ini, sebahagian lagi mahu ia diumumkan selepas Parlimen dibubarkan.

Selepas menolak Anwar, DAP mahu meletak Tun M (#BapaKleptokrasi) sebagai calon PM dan Wan Azizah sebagai calon TPM. Semuanya strategi untuk mengumpan undi Melayu.

Isu calon PM bukti jelas Pakatan tiada kepercayaan antara satu sama lain dan tidak boleh bekerjasama. Rakyat sudah tentu tidak mahu memperjudikan masa depan dengan meletak kepercayaan kepada puak Pakatan yang tiada cita-cita untuk memajukan negara dan kebajikan rakyat.

PAKATAN HARAPAN - Pakatan Berantakan

Semakin jauh Ph dari radar gapaian cita-cita agenda Anwar. Anwar bukan lagi keutamaan Ph, sebaliknya agenda Tun M harus didahulukan, kami tidak mahu agenda Anwar sebagai garis panduan Ph - Datuk Rais Hussein MT Ppbm. 

Sebaliknya agenda Ph mesti selari dengan aspirasi Ppbm memandangkan Ppbm lebih dominan di dalam Ph. Keabsahan Tun M sebagai kunci kejayaan Ph akan teruji menjelang pru 14. Tun M datang dengan pakej kewangan, pengalaman dan kesungguhan yang menyala (Burning desire & compailing reason).

Pkr tidak lagi mempunyai kekuatan, api agenda reformasi sudah padam sejak kegagalan langkah Kajang. Walaupun biro politik pkr bingkas memberi syarat persetujuan Tun M sebagai PM interim, hendaklah menjanjikan pembebasan awal Anwar. Datuk Rais Hussin (MT Ppbm) rasional menyebutkan dari sudut undang-undang perlulah dipatuhi dan dihormati.

Syarat-syarat karut PKR dan cadangan Tun M sebagai bakal PM adalah bom jangka kepada perpaduan Ph. Ini belum menyentuh pembahagian kawasan bertanding dan sebagainya. 

Belum berkayuh sudah karam, 
hendak ke kota sesat di rimba, 
hajat di hati ke Putrajaya, 
di tengah jalan hilang upaya.

Sementara Yusmadi Yusof mengumpamakan Ppbm ialah bersifat Belanda dapat tanah, tidak mengenang budi diberi pentas mereka merampas, memberi ruang mereka tidak memulang. Diangkat tinggal bersama di dalam Ph, akhirnya Ppbm sebagai tuan,  yang lain sebagai khadam.

Rakyat semakin jemu dengan agenda peribadi, politik sempit, dendam dan melewehkan aspirasi rakyat.

Teruskan perbalahan kalian. Umno di tepi gelanggang makan kuaci.

No comments:

Post a Comment