ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 2018 PENENTU MANDAT UNTUK PERPADUAN ATAU PERPECAHAN

Tuesday 2 January 2018

2018 PENENTU MANDAT UNTUK PERPADUAN ATAU PERPECAHAN

2018 bakal menyaksikan pilihan rakyat dalam menentukan mandate kepada kerajaan berwawasan atau pihak yang mencetuskan perpecahan.
Menyifatkan keputusan memilih kerajaan sebagai sebuah pertimbangan yang serius, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan keyakinan beliau kepada kebijaksanaan rakyat untuk membezakan antara kaca dan permata.
“Pilihan yang ada di depan rakyat kini adalah kerajaan yang berterusan membanting tulang mengangkat taraf hidup mereka menerusi dasar dan wawasan jelas yang menentukan kemajuan Malaysia dalam jangka pendek serta panjang.
“Pilihan satu lagi adalah pihak yang berkempen secara negatif, menyuntik amarah dan kesedihan orang ramai demi meraih sokongan pengundi, dengan tidak menjanjikan apa-apa kepada rakyat Malaysia melainkan perpecahan dan khayalan bersifat populis hingga bakal merosakkan negara.
“Menerusi kebijaksanaan rakyat, kaca mata mereka mereka mampu membezakan pihak yang menyajikan harapan palsu atau memilih berdasarkan rekod pencapaian demi menjana kepentingan masyarakat.”
Menerusi perutusan Tahun Baru 2018, Najib turut menyenaraikan pelbagai sebab untuk berasa optimistic dalam memacu momentum kemajuan negara menerusi dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Semua pihak diharapkan berganding bahu menjayakan matlamat yang selama ini digalas generasi terdahulu. Tugas sama dipikul Allahyarham bapa (Tun Abdul Razak Hussein) dan kini dipertanggungjawabkan kepada saya.
“Kita berupaya menjadi saksi kepada impian yang disemai ‘bapa-bapa’ Malaysia ketika seluruh negara bersatu pasca temasya Sukan Asia Tenggara.
“Inilah Malaysia yang kerajaan dambakan dan akan terus perjuangkan, iaitu negara merangkumi pelbagai kepercayaan, etnik, budaya serta bahasa tetapi bersatu dalam lembayung 1Malaysia untuk diiktiraf seantero dunia.”

No comments:

Post a Comment