ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BELUM TERIMA RUU PERSENDIRIAN HUDUD KELANTAN

Thursday 2 April 2015

BELUM TERIMA RUU PERSENDIRIAN HUDUD KELANTAN

Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri mengesahkan masih belum menerima Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud dalam senarai untuk dibawa ke Parlimen.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau sudah melihat senarai RUU persendirian namun tiada yang berkaitan hudud setakat ini.

"Dalam senarai RUU yang dibawa kepada saya, tidak ada lagi RUU tersebut (hudud). Belum ada lagi.

"(Untuk sesi ini?) Saya tak tahu. Saya hanya menunggu orang bawa RUU, saya cuma berharap RUU kerajaan didahulukan," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

19 Mac lalu, Dun Kelantan telah meluluskan RUU Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) untuk dilaksanakan ke atas orang Islam di negeri itu.

Ketika diminta mengulas soal pendirian Umno dalam pelaksanaan hudud yang dibawa Pas itu, beliau menegaskan bahawa pendirian Umno Kelantan lebih penting.

"Di Kelantan pendirian Umno bagaimana? Itu yang penting. Kami di Persekutuan ini tidak tahu apa lagi. Belum ada rang undang-undang yang dibawa lagi," katanya.
SH

No comments:

Post a Comment