ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KWSP UMUM 4 CADANGAN TINGKAT SIMPANAN PESARAAN

Monday 20 April 2015

KWSP UMUM 4 CADANGAN TINGKAT SIMPANAN PESARAAN

Hasil carian imej untuk KWSP UMUM 4 CADANGAN TINGKAT SIMPANAN PESARAAN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan empat cadangan baru bagi meningkatkan simpanan pesaraan termasuk melanjutkan umur pengeluaran penuh kepada 60 tahun.
Cadangan pengeluaran itu diberi dua pilihan iaitu - yang pertama melanjutkan pengeluaran penuh daripada usia 55 tahun ke 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun.
Pilihan kedua pula mengekalkan pengeluaran sedia ada (pada usia 55 tahun) tetapi memperkenalkan pengeluaran umur 60 tahun bagi mereka yang terus bekerja selepas 55 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, cadangan kedua pula melibatkan penyelarasan caruman tambahan bagi golongan yang berpendapatan minimum lebih kurang RM900 sebulan bertujuan meningkatkan simpanan persaraan mereka.
Ia mencadangkan pelaksanaan mandatori bagi golongan bekerja yang mendapat gaji minimum untuk membuat caruman berdasarkan gaji asas dan elaun-elaun yang diperoleh.
Cadangan ketiga ialah melanjutkan pembayaran dividen bagi ahli-ahli yang terus menyimpan wang mereka di dalam KWSP daripada usia 75 tahun ke 100 tahun.
Cadangan keempat pula memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah, selain skim simpanan sekarang.
"Skim persaraan patuh Syariah itu dibuka kepada semua ahli jika dilaksanakan kelak," katanya pada sidang akhbar di sini.
Shahril Ridza berkata, 14 juta ahli-ahli KWSP diberi tempoh dua minggu untuk membuat maklum balas mengenai cadangan tersebut. Maklum balas itu boleh dibuat terus melalui laman web myEPF, www.kwsp.gov.my mulai esok melalui i-Akaun.
Tambahnya, selepas tempoh itu, semua cadangan dan pilihan yang dikemukakan kepada ahli-ahli KWSP akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah.
"Kami tidak pasti bila keputusan akan diumumkan. Apa pun bentuk keputusan ia adalah berdasarkan maklum balas dan cadangan yang dibuat oleh ahli-ahli," katanya.
Bagaimanapun, Shahril Ridza berkata, KWSP akan bekerjasama dengan kumpulan Kongres Kesatuan Pekerja, Persekutuan Majikan Malaysia, ahli-ahli Parlimen dan agensi-agensi kerajaan serta organisasi berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan.
malaysiagazette

No comments:

Post a Comment