ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PELBAGAI PIHAK TERUS SUARAKAN SOKONGAN TERHADAP KEPIMPINAN PM @NajibRazak

Thursday, 9 April 2015

PELBAGAI PIHAK TERUS SUARAKAN SOKONGAN TERHADAP KEPIMPINAN PM @NajibRazak


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak hari ini terus menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus mengetuai pentadbiran negara.

Parti Gerakan menerusi presidennya Datuk Mah Siew Keong menyatakan pendirian parti itu yang berkeyakinan terhadap Najib dan menyeru semua pihak memberi sokongan padu kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu yang dilihat individu terbaik untuk memimpin negara.

Beliau berkata rakyat Malaysia juga perlu yakin dengan kepimpinan Najib bagi memastikan negara terus kekal pada haluan pembangunan untuk menjadi sebuah negara maju dan mencapai Wawasan 2020.

“Saya yakin akan kepimpinan Perdana Menteri kerana beliau telah membawa banyak transformasi positif kepada negara kita. Beliau telah berusaha kuat tanpa mengenal penat lelah untuk memajukan negara biarpun berdepan dengan landskap politik yang banyak berubah sepanjang 10 tahun lepas,” katanya.

Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) turut menyatakan keyakinan dan sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib yang sentiasa membela kebajikan masyarakat India dan rakyat keseluruhannya.

Presiden IPF Datuk M. Sambanthan berkata semua anggota parti menyokong penuh Perdana Menteri yang dilihat membawa transformasi politik, ekonomi dan sosial yang membina kepada negara ini.

“Datuk Seri Najib telah membawa banyak perubahan kepada masyarakat India. Sejak beliau menjadi Perdana Menteri, dua menteri penuh dilantik dalam kalangan masyarakat India.

“Selain itu, dari segi pendidikan masyarakat India juga dibela, kuota pelajar India di matrikulasi ditambah dan telah meluluskan peruntukan khas untuk membina sekolah Tamil yang baharu,” katanya.

Semalam, MCA turut menyatakan pendirian parti itu yang menyokong penuh kepimpinan Najib dan enggan melayan kritikan terhadap kepimpinannya.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata fokus parti sebagai anggota komponen BN adalah bersama-sama UMNO untuk membangunkan negara ini.

“Kami memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib. Kami sangat fokus kepada pembangunan negara bersama-sama UMNO serta BN dan tidak membenarkan sebarang serangan bagi menggugat pendirian kami membina negara ini,” katanya.

Sebelum itu, beberapa pihak lain termasuk Pergerakan Puteri UMNO, Majlis Senator Malaysia, anggota Parlimen BN dan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perak menyatakan pendirian sama.
AstroAwani.

1 comment:

  1. teruskan denial syndrome anda. kata2 rakyat kat bawah macam kami ni korang tak nak dengar. tunggu je....

    ReplyDelete