ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK ROMPIN : PAS UMUM CALON ISNIN DEPAN

Monday 13 April 2015

PRK ROMPIN : PAS UMUM CALON ISNIN DEPAN


PAS akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada Isnin depan, kata Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang dilantik sebagai Pengarah PRK Rompin berkata, ketika ini parti sedang menyenarai pendek calon termasuk muka baharu dan lama.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan PAS akan membantu kempen calon PKR di PRK Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

No comments:

Post a Comment