ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEJADIAN AMUK DI BANK, SEORANG PEGAWAI BANK MAUT DITIKAM !!!

Saturday 18 April 2015

KEJADIAN AMUK DI BANK, SEORANG PEGAWAI BANK MAUT DITIKAM !!!

Johor Bahru: Seorang pegawai bank maut selepas ditikam pengawal keselamatan, manakala seorang lagi cedera dalam satu kejadian amuk di sebuah bank di Taman Molek, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3.50 petang tadi, mangsa yang juga lelaki berusia 33 tahun maut dan ditemui terbaring dalam ruang pejabat bank terbabit.

Mangsa maut dipercayai akibat ditikam suspek menggunakan pisau.

Suspek berusia 40-an ditahan sejurus pihak polis tiba di tempat kejadian dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek terhadap pengurusan bank berkenaan.

Suspek mengamuk dan melakukan serangan di dalam bank berkenaan kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan.

Pegawai bank itu ditikam hingga mati manakala seorang pegawai bank wanita parah akibat dikelar.

Suspek yang berusia 40-an itu sudah ditahan dan siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
hMetro

No comments:

Post a Comment