ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TUN M OPTIMIS BN PERTAHAN ROMPIN

Sunday 19 April 2015

TUN M OPTIMIS BN PERTAHAN ROMPIN



KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad optimis Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi masalah untuk terus mempertahan kerusi Parlimen Rompin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu 5 Mei depan. 

Beliau berkata ini kerana BN mempunyai sokongan kuat pengundi kawasan itu terhadap kepimpinan bekas Anggota Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sejak 1990. 

"Di Rompin, sokongan BN masih ada...pasti menarik untuk tahu marginnya kali ini," katanya kepada pemberita pada forum antarabangsa 'Mendampingi Golongan Muda Untuk Menjenayahkan Perang dan Mentenagakan Keamanan' di Pusat Dagangan Dunia Putra, Ahad.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas. 

Pada Sabtu,  BN menamakan pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin, 62, yang juga bekas timbalan menteri besar Pahang sebagai calonnya bagi PRK Rompin. 

Mengenai PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini, Dr Mahathir berkata BN bakal berdepan laluan sukar untuk merampas kerusi itu kerana penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kuat di kawasan berkenaan. "...ia pasti sukar, ada penyokong fanatik di situ. Orang yang tidak hiraukan realiti, tentang kebenaran, mereka sokong secara membabi buta," katanya. 

Anwar merupakan Anggota Parlimen Permatang Pauh bagi BN dari 1982 hingga 1999 sebelum dijatuhi hukuman penjara pada 14 April 1999. 

Kerusi itu kemudian dimenangi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum ke-10 pada November 1999.        

Dr Wan Azizah mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya seterusnya sebelum meletak jawatan pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam PRK Permatang Pauh pada Ogos, 2008. 

Anwar memenangi semula kerusi itu dengan mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti 15,671 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13.  

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja terhadap Anwar, yang dipohon melalui anggota keluarganya.    

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabit meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.  

mStar

No comments:

Post a Comment