ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD : PAS, PKR PERJELAS & AKUR PENDIRIAN MASING-MASING

Sunday 26 April 2015

HUDUD : PAS, PKR PERJELAS & AKUR PENDIRIAN MASING-MASING

PERMATANG PAUH: PAS akhirnya akur dengan pendirian pemimpin beragama Islam dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertegas menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, pihaknya terpaksa menerima hakikat bahawa undang-undang Islam berkenaan tidak diterima parti sekutunya itu.
Bagaimanapun jelas Omar, walaupun menerima situasi itu, namun pada masa sama, PAS tetap membantah pendirian PKR menolak hudud.
"Selepas kita mendengar penjelasan demi penjelasan dengan begitu teliti dalam suasana yang harmoni, akhirnya kita bersetuju dan pihak PKR juga bersetuju dengan (pendirian PAS yang) tidak bersetuju setiap pimpinan PKR Islam menolak hudud PAS," katanya pada majlis penerangan dan pelancaran jentera PAS Kawasan Permatang Pauh di Dewan Yusof Rawa di sini, Sabtu malam.
Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden PAS yang juga calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; dua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat iaitu Dr Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa serta beberapa pimpinan DAP pusar dan negeri.
Mengulas lanjut, Omar berkata, PAS Kawasan Permatang Pauh juga akur dengan arahan PAS Pusat supaya membantu kempen PKR dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 Mei ini.
“Setelah berbincang, kita buat kesimpulan akhirnya bersetuju supaya kemelut ini diselesaikan dengan sebaik mungkin,” katanya.
Pada Jumaat malam, Dr Wan Azizah serta timbalannya, Mohamed Azmin Ali dan Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin mengadakan pertemuan khas dengan kepimpinan PAS di sebuah hotel di Seberang Jaya.
Pimpinan PAS dihadiri Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man serta beberapa kepimpinan PAS Kawasan Permatang Pauh termasuk Omar sendiri.
Pertemuan itu diadakan sebelum PKR mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon dalam majlis khas di Seberang Perai Arena.
Sebelum ini, PAS kawasan itu mengumumkan untuk memboikot kempen PRK Permatang Pauh sehingga PKR menarik balik dan meminta maaf berhubung kenyataan menolak hudud.

No comments:

Post a Comment