ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BN LAWAN PAS DI PRK ROMPIN

Wednesday 22 April 2015

BN LAWAN PAS DI PRK ROMPIN

Hasil carian imej untuk BN LAWAN PAS DI PRK ROMPIN

Hasil carian imej untuk BN LAWAN PAS DI PRK ROMPINROMPIN, 22 April – Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon Pas Nazri Ahmad.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla Salleh mengumumkan demikian selepas proses penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini ditutup pada pukul 10 pagi selepas dibuka selama sejam.
Fadzilla berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada Nazri, 40, pada pukul 9.05 pagi, dan Hasan, 62, pada 9.07 pagi.
Proses penamaan calon yang bermula pada pukul 9 pagi berjalan lancar dengan ribuan penyokong daripada kedua-dua parti mematuhi peraturan untuk berada di luar kawasan pusat penamaan calon sepanjang proses penamaan.
“Tidak ada borang pencalonan (yang diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya) yang ditolak,” katanya semasa mengumumkan nama Nazri dan Hasan, sebagai calon Pas dan BN yang akan bertanding dalam PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei.
Hasan, yang merupakan pemangku Ketua UMNO bahagian Rompin, diiringi kira-kira 5,000 penyokong BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke pusat penamaan calon
Sementara itu, Nazri, yang merupakan Yang Dipertua Pas kawasan Rompin dan juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang, diringi oleh kira-kira 2,000 penyokong dengan diketuai Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu.
Turut hadir, dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.
Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata kesemua penyokong telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses penamaan calon hari ini.
“Walaupun ada jerit pekik tapi terkawal,” katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon di sini hari ini.
Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRK Rompin Supt Abd Aziz Mahmud berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kesalahan melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya sejak Isnin hingga 8 pagi ini.
Katanya anggota polis yang mencukupi juga telah disediakan untuk mengumpul maklumat mengenai sebarang kesalahan berkaitan PRK Rompin.
PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
Hari pengundian PRK ini ditetapkan pada 5 Mei dan pengundian awal pada 30 April.

No comments:

Post a Comment