ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO: AMAH FILIPINA MINTA TOLONG, DAKWA DIROGOL ANAK MAJIKAN JADI VIRAL

Tuesday 14 April 2015

VIDEO: AMAH FILIPINA MINTA TOLONG, DAKWA DIROGOL ANAK MAJIKAN JADI VIRAL


Video seorang pembantu rumah warganegara Filipina meminta pertolongan secara online di laman Facebook tersebar dan menggemparkan warga netizen, Khamis lalu.

Wanita yang bernama Abby Luna bekerja sebagai pembantu rumah di Bahrian, menyatakan bahawa dia telah dirogol oleh anak lelaki majikannya yang merupakan seorang penagih dadah.

Selain itu, mangsa juga mengadu dia mengalami lebam di bahagian payudaranya dan sakit di seluruh badan akibat ditumbuk oleh lelaki itu. 

Abby menjelaskan, dia pernah mengadukan perkara itu kepada majikannya, namun mangsa pula yang dipersalahkan. 

Majikannya yang tidak berhati perut itu juga berkata, Abby perlu menunggu sehingga dua bulan jika mahu pulang ke negara asalnya dan menanggung bayaran tiket penerbangan baliknya sendiri.

Selain itu, majikan durjananya itu juga berjanji akan membawa Abby bertemu dengan doktor dalam masa seminggu untuk diperiksa. Jika Abby didapati mengandung, majikannya akan mengugurkan kandungan itu sebelum menghantar Abby pulang ke Filipina.

Ketiadaan wang yang mencukupi selain dari tertekan serta takut dengan masalah itu, Abby memuat naik rakaman video dirinya merayu meminta pertolongan agar dia diselamatkan melalui laman Facebook.

Video itu menjadi viral dan tidak lama selepas itu Abby diselamatkan oleh pihak Kedutaan Filipina di Bahrain pada hari yang sama.

Majikan Abby yang ditahan sehingga kini menafikan dakwaan mangsa.
thehypemedia

No comments:

Post a Comment