ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANGAN ANDAIKAN BN MENANG DI ROMPIN

Wednesday 29 April 2015

JANGAN ANDAIKAN BN MENANG DI ROMPIN



ROMPIN - Pengundi di Parlimen Rompin diingatkan untuk tidak mengandaikan Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan tidak keluar mengundi pada 5 Mei ini.

Timbalan Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sungguhpun Rompin menjadi kubu kuat BN Sejak sekian lama namun masyarakat di parlimen ini perlu melaksanakan tanggungjawab dengan memastikan kawasan ini terus diteraju parti.

"Kita tidak mah pengundi mengandaikan bahawa BN pasti menang dengan menambil sikap mudah dan tidak keluar mengundi. Itu kebimbangan kita. Jika semua pihak bersikap begitu kita akan menghadapi masalah," katanya di sini hari ini.

Jelasnya, PRK yang kini memasuki fasa kedua menghadapi masalah getir untuk meningkatkan kesedaran terhadap mayarakat terutama mengenai isu yang dibangkitkan pembangkang.

"Kita telah menggerakkan jentera kita dengan lebih agresif untuk menyampaikan apa sahaja maklumat yang perllu supaya pengundi lebih mengetahui hala tuju dan membuat keputusan tepat dengan mengundi Barisan Nasional," ujarnya.

Muhyiddin sementara itu menjelaskan, keputusan pada PRK Rompin tidak akan membawa kesan besar kepada kempen BN di Permatang Pauh.

Ujarnya, lumrah dimana-mana PRK akan berlaku penurunan dari jumlah keluar undi berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) walaubagaimanapun pelbagai usaha dilakukan termasuk dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengajak pengundi yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi.

"Ramai yang mengandaikan BN boleh menang dan sebahagian daripada mereka mengambil sikap tidak mahu keluar mengundi ataupun atau pulang mengundi," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment