ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LEBUHRAYA KARAK JADI LITAR LUMBA

Sunday 12 April 2015

LEBUHRAYA KARAK JADI LITAR LUMBA

Berhati-hati ketika memandu selepas tengah malam di Lebuhraya Karak terutama pada malam minggu.
Jika nasib tidak baik anda akan terserempak dengan pelesit rempit yang membuatkan darah gemuruh datang tiba-tiba. Lebih-lebih lagi apabila kenderaan anda 'dihurung' ratusan penunggang motosikal secara tiba-tiba dengan pelbagai aksi merbahaya mereka berlumba.
Mereka memecut laju dan memotong anda dan dalam masa yang sama anda tidak boleh memberhentikan kenderaan kerana bimbang dilanggar penunggang motosikal dari belakang.
Mereka yang datang tiba-tiba dari kawasan gelap di tepi lebuh raya itu juga membingitkan telinga dengan deruman enjin motosikal masing-masing.
Itu senario ketika tinjauan MalaysiaGazette di lebuh raya dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur awal pagi tadi. Difahamkan, mereka memilih Lebuhraya Karak kerana jalannya yang berbelok memberi kepuasan kepada pelesit rempit itu beraksi.
Selain itu, tar jalan yang baik tidak menganggu 'persembahan' selain sukar bagi pihak berkuasa menahan mereka. Berkumpul di sebuah stesen minyak Petronas di lebuh raya yang sama, mereka 'dilepaskan' seorang demi seorang sebelum memecut dan berlumba di jalan raya.
Sementara menunggu giliran masing-masing mereka membuat bising dengan deruman enjin atau pada istilah mereka 'menganjing' atau rakan-rakan mereka yang lain.
Salah seorang pekerja stesen minyak terbabit, kegiatan lumba haram di Lebuhraya Karak semakin menjadi sejak kebelakangan ini.
"Selepas pukul 12 tengah malam, mereka ini datang berkumpul di sepanjang jalan di sini dan buat bising dengan bunyi ekzos motosikal yang bingit.
"Selepas puas 'bakar' kawan -kawan mereka tunggu signal untuk berlumba," katanya kepada MalaysiaGazette tetapi enggan dikenali.
Menurutnya, kumpulan pelesit rempit itu dipercayai datang dari Kuala Lumpur dan beraksi di situ kerana sukar berbuat demikian di ibu kota yang banyak kenderaan di jalan raya dan kebarangkalian besar dicekup polis trafik.--MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment