ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RUU CEGAH KEGANASAN (POTA) 2015 DILULUSKAN DEWAN RAKYAT

Wednesday 8 April 2015

RUU CEGAH KEGANASAN (POTA) 2015 DILULUSKAN DEWAN RAKYAT


KUALA LUMPUR 7 April - Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POTA) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam menunjukkan wujud kekuatan solidariti dalam kalangan anggota Parlimen kerajaan dalam usaha mencegah keganasan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun terdapat beberapa bantahan berhubung beberapa fasal dalam rang undang-undang itu oleh pembangkang, namun kelulusan POTA menunjukan undang-undang tersebut amat diperlukan.

"Alhamdulillah walaupun sembilan kali undi belah bahagian kerana terdapat bantahan terhadap beberapa fasal, namun solidariti yang ada pada ahli Parlimen memungkinkan POTA lulus, demi kepentingan rakyat dan negara, " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Rang Undang-Undang POTA 2015 diluluskan tanpa pindaan pada pukul 2.25 pagi tadi selepas dibahaskan lebih 12 jam.

Dalam pada itu Ahmad Zahid mengulangi jaminan bahawa POTA tetap akan menjaga hak asasi manusia seperti diminta oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan tidak mengetepikan elemen perundangan yang menjadi kekhuatiran sesetengah pihak.


POTA 2015: Reaksi di media sosial

Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POTA) 2015 yang mendapat kelulusan dewan rakyat awal pagi tadi menerima maklum balas pelbagai daripada masyarakat.

Ramai bersetuju akta itu dikuatkuasakan bagi menimbulkan rasa gentar kepada golongan pengganas.

Walau bagaimanapun tidak kurang yang merasakan ia satu tindakan melanggar hak asasi manusia.






No comments:

Post a Comment