ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERJALANAN AKHIR MUALAF

Sunday 5 October 2014

PERJALANAN AKHIR MUALAF

Foto

Batu Pahat: Hasrat seorang gadis mualaf meraikan Aidiladha pertamanya selepas memeluk Islam dua minggu lalu bersama keluarga angkat tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 15, Jalan Labis-Yong Peng di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa, Hidayah Shahira Abdullah, 20, atau nama asalnya, Ling Sii Ping dalam perjalanan ke rumah keluarga angkatnya di Segamat bersama tiga rakan sekampungnya. 

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sungai Besi, Kuala Lumpur menaiki kereta Toyota Vios sebelum ia hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiang elektrik. 

Seorang daripada mangsa, Mohamad Faridzuan Abdul Hamid, 20, yang duduk di tempat duduk penumpang depan berkata, selain dia dan mangsa, dua lagi rakan yang menaiki kereta itu ialah Muhammad Faridz Izzat Hamidnudin, 20, dan Mohd Azrin Mohd Idris, 20.

“Muhammad Faridz Izzat memandu kereta manakala Hidayah Shahira dan Mohd Azrin duduk di tempat duduk penumpang belakang.

No comments:

Post a Comment