ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PANTAU PIL KHAYAL SERUPA GULA-GULA

Sunday 5 October 2014

PANTAU PIL KHAYAL SERUPA GULA-GULA

Gambar Hiasan

Sindiket dadah kini semakin kreatif dengan `mengubah suai' pil khayal kepada gula-gula berwarna-warni yang akan diberikan secara percuma kepada orang muda di negara ini.

Keratan akhbar China Press
Keratan akhbar China Press
Taktik sindiket berkenaan adalah mudah iaitu mengharapkan orang muda akan ketagih selepas memakan `gula-gula' tersebut sekaligus menjadi pelanggan tetap mereka.

China Press melaporkan, pengedaran pil khayal dalam bentuk gula-gula pada masa yang sama dapat mengaburi mata penguat kuasa.

Sumber polis yang dihubungi akhbar itu mengesahkan kemunculan gula-gula racun tersebut di mana setiap `gula-gula' turut dicetakkan dengan corak tertentu untuk membezakan pengeluar dadah.

Katanya, penagih dadah dapat membezakan `kualiti' gula-gula tersebut termasuk `tempoh berkesan' pil khayal dengan melihat corak atau jenama yang dicetakkan pada permukaan.

Antara corak yang lazim dikesan termasuk huruf tertentu, haiwan, serangga malahan beg tangan dan kereta.

No comments:

Post a Comment