ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENGKALAN KUBOR TITIK PEMBAHARUAN PRU14

Saturday 11 October 2014

PENGKALAN KUBOR TITIK PEMBAHARUAN PRU14


Pengkalan Kubor : PRK Pengkalan Kubor dijadikan titik pembaharuan dalam mencapai kejayaan dalam PRU 14, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, dalam PRK ini, formula yang digunakan tepat dan berkesan sehingga BN menang dengan majoriti besar.

"Ambo (saya) dah pikir kalau nak menang ada formula, formula Pengkalan Kubor, kalau sejarah Malaysia bermula  Melaka, maka  kemenangan BN bermula di Pengkalan  Kubor," katannya berucap di Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Pusat Khidmat Masyarakat di Kampung Geting, di sini, hari ini.

Sebagai hadiah kemenangan, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukkan RM2.5 juta bagi pembinaan satu jeti besar dan 10 jeti kecil di Pengkalan Kubor.

Untuk rekod, Perdana Menteri tidak hadir semasa tempoh berkempen di PRK Pengkalan Kubor bulan lalu kerana menghadiri Majlis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

PM GARIS 3 FAKTOR UNTUK BN HADAPI PRU-14
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga faktor iaitu calon yang tepat, jentera yang kuat dan Barisan Nasional (BN) yang padu perlu wujud bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-14. 
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata gabungan tiga faktor itu terbukti memberi kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor pada 25 September lalu.
"Calon yang tepat...(perlu) pilih calon yang kena dengan selera pengundi," katanya mengenai faktor pertama ketika berucap pada 'Majlis Pemimpin bersama Rakyat: Sepetang Bersama Perdana Menteri' di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini Sabtu.
Mengambil contoh pemilihan Mat Razi Mat Ail sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Najib berkata ia memenuhi selera pengundi setempat kerana Mat Razi antara lain mempunyai keperibadian disenangi ramai selain berpengetahuan agama serta mempunyai pondok tempat beliau mengajar ilmu agama.
Najib berkata, jentera pilihan raya yang kuat akan menyumbang kepada kejayaan BN atas dasar semua pihak bekerja dalam satu pasukan.
Najib seterusnya menjelaskan bahawa perpaduan dalam Umno dan dalam kalangan parti komponen BN yang kukuh tanpa perasaan iri hati menjadi teras kepada semangat untuk bersama-sama memastikan kemenangan BN.
Perdana menteri menegaskan formula kemenangan BN di Pengkalan Kubor itu akan dijadikan titik permulaan pembaharuan bagi BN Kelantan untuk menghadapi PRU-14.
Beliau juga menggesa BN Kelantan bekerja lebih kuat dalam usaha meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.

PM UMUM PEMBINAAN PONDOK MODEN
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan meluluskan peruntukan untuk membina pondok moden bagi mengantikan pondok sedia ada di Kampung Simpangan, di sini.
Beliau berkata, pembinaan pondok baharu di kawasan yang lebih luas itu kelak diharap dapat memberi keselesaan kepada pelajar di situ untuk mempelajari ilmu agama.

"Pengumuman ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk berjuang atas landasan agama, bangsa dan negara," katanya selepas menunaikan solat Asar di Masjid Simpangan, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan ke Pondok Simpangan yang diasaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.

Beliau berkata demikian dalam majlis Pemimpin Bersama Masyarakat - Kunjungan Mesra di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar Darat, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Hadir sama, Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Ab Aziz dan Mat Razi.

Gambar-Gambar Lawatan YAB PM Di Pusat Khidmat Rakyat 
DUN Pengkalan Kubor





Gambar-Gambar Lawatan YAB PM Di Pondok Simpangan




Gambar-Gambar Lawatan YAB PM Di Watt Wachimaram Jubakar Darat



No comments:

Post a Comment