ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU PESTA ARAK 'OKTOBERFEST" : PKR-DAP "KIRIM SALAM" KEPADA PAS !!!

Saturday 11 October 2014

ISU PESTA ARAK 'OKTOBERFEST" : PKR-DAP "KIRIM SALAM" KEPADA PAS !!!




Lain kali kalau PAS ingat nak usik apa-apa yang boleh kacau undi rakan sejawatnya DAP dan PKR mungkin dua mesej facebook ini boleh dijadikan pedoman untuknya berpolitik dalam gelanggang Pakatan Rakyat.

Dengar cerita ramai juga orang PAS yang bengang dengan posting di facebook Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PKR, Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya ,Wong Chen awal Sabtu.

Bukan apa...pada ketika PAS paling vokal membantah penganjuran pesta minum arak Oktoberfest....dua wakil rakyat PKR ini seolah dengan bangga nak menunjuk bagaimana pesta itu di 1 Utama dapat sambutan hangat.

Malah 'kontinjen' pimpinan DAP turun padang beramai-ramai ke pesta yanga diadakan Jumaat malam itu.

Elizabeth kata 'I was told almost 5000 ppl came for Octoberfest at OneUtama. Tq for the support everyone, here with my old friend YB Teresa Kok and esp you-know-who who gave us 'free' publicity (ahems). Cheers!......yakni 5,000 orang hadir di Oktoberfest 1 Utama.Terima kasih atas sokongan dan ' publisiti percuma'.

Apakah Elizabeth Wong nak menyindir kontroversi pasal isu itu ekoran bantahan PAS telah beri publisiti percuma hingga berjaya tarik ramai orang datang ke pesta itu?

Wong Chen pula kata 'I went to the Oktoberfest in 1 Utama with YB Sivarasa. I am a Teetotaler but I believe in the rights of drinkers and non drinkers alike. Just don't impose your will on the other. For drinkers, you have an added responsibility to not drink and drive. Around 9 pm a strong DAP contingent of Kit Siang, Gobind, Tony Pua, Rajiv, Teng, Bee Yin arrived to show their support too to the organisers.'

Isu Oktoberfest hangat baru-baru ini bila ada pihak yang memasang iklan billboard besar mengenai penganjurannya di Shah Alam.

Ia kemudian mencetuskan bantahan.

Majlis Bandaraya Shah Alam telah menafikan meluluskan pemasangan iklan itu.Ia dibuat secara haram oleh pihak tertentu . Ia telah diturunkan.

No comments:

Post a Comment