ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LELAKI PARAH DIHEMPAP KERETA SENDIRI MENINGGAL DUNIA

Wednesday 15 October 2014

LELAKI PARAH DIHEMPAP KERETA SENDIRI MENINGGAL DUNIA


KUALA TERENGGANU: Pesara Jabatan Kimia, Musa Ngah, 55, yang cedera parah selepas dihempap kereta sendiri akibat rempuhan kenderaan yang terbabas, meninggal dunia jam 1 pagi tadi.

Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia selepas 13 jam menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Bilal Masjid Kampung Pulau Kerengga, Ibrahim Muda, 55, yang turut parah dalam kejadian itu masih dirawat di HSNZ dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Terdahulu, BH melaporkan dalam kejadian jam 1.30 tengah hari semalam, Musa dan Ibrahim serta dua lagi rakan mereka sedang berehat di bangku hentian bas di hadapan masjid berkenaan selepas selesai solat Zuhur.

Ketika sedang berbual, sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dari arah Kuala Terengganu ke Dungun terbabas lalu merempuh kereta PERODUA Viva milik Musa yang diletakkan bersebelahan bangku hentian bas berkenaan.
Bernama

No comments:

Post a Comment