ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KELANTAN : PERAGUT DITANGGALKAN SELUAR OLEH ORANG KAMPUNG

Wednesday, 15 October 2014

KELANTAN : PERAGUT DITANGGALKAN SELUAR OLEH ORANG KAMPUNG


Kes pencuri berjaya ditangkap dan dipukul beramai-ramai oleh orang awam acap kali kita dengar hingga ada penjenayah yang mati dihukum oleh orang awam sendiri gara-gara pukulan dan hentakan yang melampau.

Memang tidak dapat disangkal pencuri mesti diajar supaya serik dan tidak melakukan perbuatan keji ini pada masa hadapan.

Namun lain pula kisahnya di Tumpat Kelantan apabila seorang lelaki 36 tahun cedera dibelasah dan ditanggalkan seluarnya selepas ditangkap orang kampung kira-kira pukul 8.30 pagi berdekatan Simpang Stadium Mini Pengkalan Nangka, semalam.

Penjenayah itu dikatakan meragut beg tangan milik seorang remaja berusia 17 tahun yang sedang menunggang motosikal seorang diri di kawasan berkenaan.

Memetik petikan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tumpat Supritendan Zaharuddin Rasip berkata, lelaki berkenaan meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal dan mangsa turut diugut akan dicederakan.

“Bagaimanapun, mangsa sempat meminta bantuan orang kampung yang mengejar suspek dan dia berjaya ditahan di tepi jalan besar dekat simpang Stadium Mini berkenaan dan bersamanya ditemui beg tangan remaja terbabit yang mengandungi kad pengenalan mangsa, telefon bimbit Nokia dan wang tunai berjumlah RM200,” kata Supritendan Zaharuddin Rasip.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, suspek lelaki itu cedera dan separuh bogel akibat bergelut dengan orang kampung dan dia dihantar ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar

No comments:

Post a Comment