ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LANGGAR KENALAN KERANA SALAH FAHAM JUALAN LEMBU

Friday 3 October 2014

LANGGAR KENALAN KERANA SALAH FAHAM JUALAN LEMBU

Gambar Hiasan
SETIU - Gara-gara berselisih faham dipercayai dalam urusan penjualan lembu, seorang lelaki berusia 40 tahun bagaikan hilang pertimbangan apabila sanggup melanggar kenalannya sehingga maut di Jalan Jelapang, Kampung Jepalang, di sini, tiga hari lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, suspek memandu Proton Gen 2, nekad melanggar mangsa berusia 44 tahun, daripada Kampung Bukit Loyat, Chalok ketika itu sedang menunggang motosikal bersama dua lagi individu dipercayai dalam perjalanan pulang.

Ab Rahman Raja MohamedKetua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sebelum itu, suspek dan mangsa dikatakan telah bertengkar di sebuah kedai kopi berhampiran jambatan di kampung berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.

“Berdasarkan laporan pengadu, sejurus mendapat tahu suspek dan mangsa sedang bertengkar dia bergegas ke kedai kopi berkenaan bersama seorang kenalan berusia 43 tahun yang berasal daripada Kampung Jelapang dengan masing-masing menunggang motosikal.

”Semasa pengadu sampai, mereka (suspek dan mangsa) masih bertengkar. Bagi mengelakkan suasana semakin tegang, pengadu telah mengajak mangsa balik, namun semasa ingin tinggalkan kedai kopi itu suspek mengugut akan melanggar mangsa,” katanya.

Katanya, pengadu bersama seorang lagi rakan dan mangsa kemudiannya menunggang motosikal bersendirian meninggakan kedai kopi berkenaan.

“Bagaimanpun, semasa dalam perjalanan suspek yang memandu kereta terus melanggar mangsa serta kenalan pengadu.

“Akibatnya, kedua-duanya terpelanting di tengah jalan. Tidak cukup dengan itu, mangsa bergerak ke depan dan membuat pusingan semula( u-turn) lalu sekali lagi melanggar mangsa serta kenalan pengadu sebelum bertindak meninggalkan tempat tersebut,” katanya.

Tambah Ab Rahman, kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Setiu oleh rakannya dengan bantuan orang kampung namun mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Seorang lagi mangsa cedera parah kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Katanya lagi, polis menangkap suspek jam 8.20 malam pada hari kejadian dan merampas sebuah kereta Proton Gen 2 dan kes masih disiasat.
SH

No comments:

Post a Comment