ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KHALID SAMAD TAK AKAN HALANG PESTA ARAK DI SELANGOR !!!

Friday 3 October 2014

KHALID SAMAD TAK AKAN HALANG PESTA ARAK DI SELANGOR !!!

BERMULA pada 26 September yang lepas lagi Pesta Arak terbesar di Selangor telah diadakan sempena dengan Oktoberfest anjuran Carlsberg Malaysia. Perkara ini pun sudah didedahkan kepada orang ramai dan masih menunggu respon daripada Menteri Besar yang baru, Azmin Ali.

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam ketika dihubungi memberitahu yang Pesta Arak Selangor ini tidak dapat dihalang dari penganjurannya kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan pesta ini terbuka kepada semua rakyat berbilang bangsa dan agama. Tidak ada kena mengena dengan Pas.

Berkata kepada pemberita, Khalid Samad mengakui yang program anjuran seperti ini memang Pas tiada kuasa untuk menghalang kerana ini dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.

"Pesta Arak ini diadakan di Petaling Jaya yang mana kaum majoriti di sana adalah dari bangsa Cina jadi tidak ada masalah untuk pihak Carlsberg anjurkan, pihak kami (Pas) tiada halangan kerana tidak melibatkan kawasan orang Islam," katanya ketika dihubungi. - MsiaKlni.

Khalid bagaikan lepas tangan dalam soal ini. Teringat satu masa dulu dalam manifesto 2008, jika Pas menang di Selangor, kilang arak di PJ adalah premis pertama yang akan ditutup oleh Pas kerana mahukan Selangor mengikut perlembagaan Islam.

Namun setelah 2 penggal berkuasa di Selangor, premis itu masih kukuh dan tiada siapa yang berani mengusik. Sedangkan Hassan Ali yang dulunya merampas arak di 7 Eleven pun dipecat, ini kan pula nak tutup kilang arak.

Harap pengikut Pas sedar akan hal ini. 

No comments:

Post a Comment