ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN NGERI DI MACHANG KELANTAN !!! BENARKAH FOTO LEMBAGA MISTERI SEBAGAI PUNCA KEMALANGAN ???

Saturday, 11 October 2014

GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN NGERI DI MACHANG KELANTAN !!! BENARKAH FOTO LEMBAGA MISTERI SEBAGAI PUNCA KEMALANGAN ???


Keadaan beberapa buah kereta yang terbabit dalam kemalangan disebabkan mahu mengelak seekor lembu yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 53.9 Jalan Machang-Kuala Krai.

Tiga cedera dalam satu kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di Km53.9 Jalan Machang-Kuala Krai, Machang hari ini.

Dalam kejadian 6.55 pagi itu, sebuah kereta dari arah Machang dikatakan cuba mengelak seekor lembu, sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dari arah Kuala Krai.


Pemangku Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Kamal Azural Mohamed berkata, lima buah kereta lain kemudiannya turut terbabit kemalangan selepas cuba mengelak kejadian itu.

Namun ada sesuatu yang menarik disebalik tragedi ini.

Kemalangan yang berlaku adalah perkara biasa baggi pengguna jalan raya masa kini mahu kemalangan itu menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya di dalam negara ini.

Gambar Kemalangan Membabitkan 7 Buah Kenderaan Di Kg Telekong Kuala Krai yang menceritakan kisah tahyul atau benar. Gambar ini telah dikongsikan dilaman facebook dan media terkini.

Ambulans Yang Pergi Ke Tempat Kejadian dan cuba Perhatikan Tempat Pemandu Walaupun Masa Itu Semua Telah Turun dan juga tempat duduk belakang kereta tersebut.

Kuasa Allah mengatasi segala-galanya dan kita sebagai hamba patut bersyukur dengan setiap ujian yang diberikan olehNYA serta percaya akan ada makluk lain yang menghuni bumi ini bersama kita.

Cuba anda zoom pada tempat pemandu ambulan itu dan tempat duduk belakang kerata pasti anda akan melihat sesuatu.



– Foto Ihsan Bomba
-Credit : AAKJ

No comments:

Post a Comment