ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #BAJET2015 : BONUS SETENGAH BULAN KEPADA PENJAWAT AWAM

Friday 10 October 2014

#BAJET2015 : BONUS SETENGAH BULAN KEPADA PENJAWAT AWAM


Penjawat awam bakal menikmati bonus setengah bulan pada tahun 2015 dengan kadar minimum RM500 yang akan dibayar pada Januari 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi pesara penjawat pula bakal menikmati bonus RM250 pada tahun hadapan.



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

"Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015," katanya membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam, terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan, kelak.

Pada Julai lepas, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam pula, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim perkhidmatan sedia ada.

Ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lalu, Najib mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam.

Najib berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Seranta Felda, yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun dan tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib.

"Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment