ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #BAJET2015 : ANTARA YANG MENARIK...!!!

Friday 10 October 2014

#BAJET2015 : ANTARA YANG MENARIK...!!!




•Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan sebanyak 1 hingga 3% mata.Golongan berpendapatan RM4,000 ke bawah yakni sekitar 300,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.
•Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus dan kadar cukai pendapatan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus.
•RON95, diesel dan LPG akan dikecualikan daripada GST.
•Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan.
•Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
•Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, kerajaan menaikkan bantuan daripada RM650 kepada RM950. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan pula, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.
•Bagi mempertingkat keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam, kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim sedia ada.Ketika membentangkan Bajet 2014 penambahbaikan dibuat keatas 81 skim perkhidmatan awam.
•Kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan minimum pinjaman perumahan kepada penjawat awam daripada RM80,000 kepada RM120,000.Had kelayakan maksimum pula dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.Wang proses pinjaman perumahan sebanyak RM100 dimansuhkan.Kedua-dua cadangan ini berkuat kuasa pada 1 Jan 2015.
•Bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah, kerajaan bersetuju untuk membina 5,380 unit rumah lagi iaitu di Putrajaya sebanyak 1,600 unit, Bukit Jalil (1,530); Papar, Sabah (1,290) dan Bukit Pinang, Kedah (960).
•Kerajaan menyediakan RM500 juta untuk membaik pulih dan menyelenggara secara berperingkat kuarters tentera, polis, guru dan petugas kesihatan di seluruh negara.
•Sebanyak RM105 juta pula diperuntuk kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi penyelenggaraan kuarters kerajaan di bawah program My Beautiful Malaysia membabitkan 126 lokasi.
•Projek LRT, menghubungkan Bandar Utama ke Shah Alam dan Klang, pada anggaran kos sebanyak RM9 bilion, akan dilaksanakan.
•Pembinaan Mass Rapid Transit atau Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Jajaran Kedua juga akan dibina sepanjang 56 kilometer dari Selayang ke Putrajaya membabitkan anggaran kos RM23 bilion.
•Kerajaan akan membina Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 kilometer dan jajaran Sabah sepanjang 727 kilometer dengan kos pembinaan RM27 bilion.
Landasan kereta api sektor Pantai Timur melibatkan jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu dan Gua Musang-Tumpat akan dinaik taraf dengan peruntukan RM150 juta.
•Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menghubungkan Ipoh, Perak ke Butterworth, Pulau Pinang akan beroperasi mulai April tahun depan.
•Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan bas awam antara bandar yang menetap di luar tetapi bekerja di ibu negara dan kemudahan itu menawarkan caj 30 peratus lebih murah.Sebagai permulaan, tiga laluan bas akan beroperasi daripada Rawang dan Klang di Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan.
•Perkhidmatan bas berhenti-henti di beberapa ibu negeri melalui sistem kontrak dengan syarikat bas sedia ada akan ditambah baik secara berperingkat melibatkan bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.
•Elaun sara hidup nelayan Zon A akan naik daripada RM200 kepada RM300 sebulan manakala bagi nelayan Zon B dan C dinaikkan kepada RM250.
•Lebih 44,000 nelayan darat sepenuh masa, buat pertama kalinya akan diberi elaun RM200 sebulan.
•Tambahan RM250 juta untuk Projek Khas Perumahan Nelayan bagi membaik pulih dan membina rumah nelayan serta menyempurnakan lagi perkampungan nelayan.
•Rebat 10% kepada peminjam PTPTN yang terus membuat pembayaran balik selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015.
•Pewujudan Skim Perumahaan Belia sebagai usaha untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan belia di negara ini.Skim itu menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak melebihi RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum, 35 tahun.Sebanyak 20,000 unit rumah akan dibina untuk skim itu yang ditawarkan berdasarkan konsep 'siapa dulu dia dapat'.
•Peruntukan RM26 juta disediakan untuk mendirikan tambahan 10 batang tiang lampu di 22,000 kampung di seluruh negara, menjadikannya 20 batang tiang lampu di setiap kampung.
•Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi pemohon program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dinaikkan tahun hadapan daripada RM8,000 kepada RM10,000.Bawah program berkenaan, sebanyak 80,000 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion akan dibina, antara lain bagi menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan.
•26,000 unit rumah akan turut dibina di bawah Program Perumahan Rakyat oleh Jabatan Perumahan Negara dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.
•Syarikat Perumahan Negara Berhad turut akan menyediakan 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat, dan 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat yang dibina atas tanah persendirian.
•Kerajaan memperuntukkan RM66 juta untuk membantu 110,000 OKU di seluruh negara, dengan kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikkan daripada RM300 kepada RM350, manakala bagi OKU tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.
•Pelepasan cukai bagi setiap anak yang OKU dan pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa OKU, dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000,
•Bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM711 juta kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan.
•30 Klinik 1Malaysia juga ditambah menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 290 buah di seluruh negara dan membina sebuah Klinik Kesihatan di Cyberjaya. Kerajaan juga akan menempatkan 30 doktor perubatan di 30 Klinik 1Malaysia
•RM30 juta diperuntukkan bagi menggantikan 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.
•RM45.4 juta bagi menyediakan ubat-ubatan bagi pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis kronik dan akut.
•Pelepasan cukai bagi perbelanjaan perubatan penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM6,000 bagi meringankan tanggungan kos rawatan dan perubatan, meliputi pasangan dan anak.
•Dengan pelaksanaan GST pada tahun depan, hasil kerajaan dianggarkan sebanyak RM23.2b.
•RM50 juta diperuntukkan bagi Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional untuk manfaat 5,000 wanita profesional.

No comments:

Post a Comment