ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KES LIWAT II DISAMBUNG ESOK : HUJAH BALAS PENDAKWARAYA SELESAI 65% (VIDEO INSIDE)

Monday, 3 November 2014

KES LIWAT II DISAMBUNG ESOK : HUJAH BALAS PENDAKWARAYA SELESAI 65% (VIDEO INSIDE)


PUTRAJAYA: Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, hujah balas berkenaan perkara baru dibangkitkan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mula dibentangkan pasukannya secara berfakta, pagi esok.

Beliau yang ditemui media di pintu Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman di sini, sejurus penangguhan prosiding rayuan kes liwat Anwar sebentar tadi berkata setakat ini, hampir 65 peratus hujah balas sudah dibentangkan pasukannya.


"Ia hanya akan mengambil masa sebelum "lunch" saja, kita dah boleh selesai," katanya.

Beliau berkata, setakat hari ini beberapa perkara mustahak turut disentuh termasuk berkenaan tiga bukti diperoleh iaitu tuala "good morning", berus gigi dan botol air bagi membolehkan perbandingan DNA dilakukan serta kaedah bagaimana pengambilan DNA dilakukan.

"Mustahak sekali berkenaan bukti perayu menggunakan tiga barang dalam lokap IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) iaitu tuala, berus gigi dan juga sebotol air mineral yang dibawa sendiri.

"Daripada tiga item ini, kita perolehi DNA dan disahkan ia milik lelaki "Y". Yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful (Bukhari Azlan) juga (DNA) sama dengan lelaki "Y".

"Kita harus bandingkan dengan bukti dalam lokap. Sebab (perayu) dia tak bagi DNA umpamanya darah, kalau dia bagi DNA, senang, tapi itu hak dialah. Jadi kita perlu perolehi hasil inisiatif kita untuk buat perbandingan," katanya.

“Kita lakukan itu kerana Anwar tidak memberikan DNAnya ketika ditahan. Kalau dia beri DNA-nya, (ujian makmal) akan jadi lebih senang. Tapi dia tak beri kerana itu hak dia,” jelas Shafee.

Shafee juga mengulas tentang dakwaan bahawa cara mendapatkan DNA tersebut dibuat dengan cara yang memperdaya dan tidak adil.

“Mereka (peguam bela) mengatakan bahawa kita tahan Anwar di lokap semata-mata untuk mendapatkan DNA, bukan atas sebab siasatan.

“Waktu (penahanan) itu pada waktu tengah malam, dan dia ditahan supaya pegawai penyiasat dapat mengambil keterangan lengkap daripadanya pada jam 8.30 pagi keesokannya. Jam 9.30 pagi dia sudah dibebaskan,” kata Shafee yang menyatakan bahawa prosedur tersebut biasa dilakukan pada orang lain yang ditahan.

“Hal itu membuatkan hakim Mahkamah Tinggi kata, perlu dibuat penilaian semula terhadap keputusan yang ditolak sebelum ini. Sekarang mereka terima balik. Itu yang menjadi isu,” kata Shafee yang masih berbaki 35 peratus hujahan keseluruhannya.

Pada penghujung pembentangan hujah Shafee hari ini, isu keterangan yang diambil Dr Mohamad Osman Abdul Hamid juga menghangatkan suasana. Menurut Shafee, doktor dari Hospital Pusrawi berkenaan didapati tidak memberi maklumat yang benar sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment