ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WANITA DITEMUI MATI DENGAN 5 KESAN TIKAMAN

Thursday 16 October 2014

WANITA DITEMUI MATI DENGAN 5 KESAN TIKAMAN



SHAH ALAM 16 Okt - Seorang wanita ditemui mati dengan lima kesan tikaman di badannya di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, di sini awal pagi semalam.
 
Wanita berusia 40-an itu ditemui berlumuran darah oleh penghuni pangsapuri pada kira-kira 2.10 pagi.
   
Mangsa yang berbadan gempal dan bertudung, ditemui terbaring di ruang tangga tingkat 6 pangsapuri berkenaan.
   
Difahamkam mangsa masih bujang dan menyewa bersama beberapa rakan di pangsapuri itu, menurut sumber polis ketika dihubungi.
   
Pemeriksaan ke atas mayat wanita itu mendapati terdapat lima kesan tikaman di beberapa bahagian anggota badan termasuk di belakang leher.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.
   
Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur 20-an di hadapan bilik mayat HTAR kira-kira pukul 2 petang bagi membantu siasatan.
   
Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
   
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mencari bukti-bukti lain berhubung kes ini," katanya.

No comments:

Post a Comment