ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TINGGAL BAYI DI SURAU

Thursday 16 October 2014

TINGGAL BAYI DI SURAU

Shah Alam: Sekumpulan jemaah di sebuah surau di Seksyen 7, di sini, dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di kawasan surau berkenaan, hari ini.
Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan bernyawa itu ditemui oleh jemaah surau, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Jemaah yang berada di surau berkenaan hanya menyedari bayi terbabit ditinggalkan selepas mendengar tangisan bayi sebelum memeriksa perkarangan surau.
Mereka kemudiannya menemui bayi lelaki di kawasan koridor surau berkenaan sebelum menghubungi pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian berkenaan.- hmetro

No comments:

Post a Comment