ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIADA SEBAB KHALID LETAK JAWATAN ADUN PELABUHAN KLANG - FAEKAH

Monday 6 October 2014

TIADA SEBAB KHALID LETAK JAWATAN ADUN PELABUHAN KLANG - FAEKAH

PETALING JAYA: Tiada sebab bagi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, kata bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.
Faekah berkata, beliau tidak mengetahui tentang Khalid memberi gambaran akan meletakkan jawatan itu. 
Selain Adun Pelabuhan Klang, Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
"Tiada sebab untuk Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai Adun Pelabuhan Klang. Diharapkan para pengundinya tidak mendengar khabar angin yang tidak berasas itu," kata Faekah menerusi mesej teks kepada The Star Online.
Khalid dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 Ogos lalu kerana enggan mengundurkan diri sebagai menteri besar bagi memberi laluan kepada Presiden parti dan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memegang jawatan itu.
Khalid pada 22 September lalu berkata, beliau akan meneruskan jawatannya sebagai anggota Parlimen tetapi status Adunnya akan diputuskan selepas sidang DUN pada November depan. -mStar

No comments:

Post a Comment