ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SKMM MAHU FACEBOOK TUTUP AKAUN BLOGGER SEKS, ALVIN TAN

Thursday, 2 October 2014

SKMM MAHU FACEBOOK TUTUP AKAUN BLOGGER SEKS, ALVIN TAN


Kuala Lumpur – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat aduan kepada Facebook meminta akaun milik blogger seks kontroversi Alvin Tan ditutup.

Dalam posting di media sosial itu semalam, Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi bekata kandungan dimuatnaik Tan perlu dikeluarkan kerana ia melanggar terma dan syarat perkhidmatan.

“Kami mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab Alvin Tan di FB dan merasakan ianya perbuatan yang tidak wajar.

“Kami juga membuat aduan kepada FB dan meminta agar kandungan berkenaan segera dikeluarkan daripada FB kerana kami percaya ianya melanggar terma dan syarat perkhidmatan mereka,” katanya.

SKMM juga mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi bahan sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang lain di dalam Facebook.

Tan, yang ketika ini menghadapi tuduhan jenayah susulan ucapan kontroversi Ramadan di Facebook, dikatakan berada di Amerika Syarikat dalam usaha mendapatkan suaka politik.

Bekas pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) itu melanggar syarat jaminannya apabila dia menghilangkan diri selepas berkata hendak pergi ke Singapura atas urusan kerja, menyebabkan namanya dimasukkan dalam senarai orang dikehendaki Interpol.

Selepas mendiamkan diri seketika, Tan muncul di laman media sosial baru-baru ini memaklumkan beliau di California, Amerika Syarikat dan merancangan mendapatkan suaka politik di negara itu.

Tan memberitahu baru-baru ini, keputusannya meninggalkan negara ini kerana lari dari “kezaliman” kerajaan Malaysia dan “kejahilan” rakyat Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berikrar akan mencari Tan “hingga ke lubang cacing”.

Setakat ini, posting SKMM itu menerima 373 “likes” dan beberapa komen dari pengguna Facebook.

“Sokong SKMM. Bagi orang lain, jgn kaitkan dgn kaum! Yg suka fitnah dan racist hari pembalasan menunggu di hadapan anda,” tulis Lee Pei Ren.

Sementara Hanz Izham IV berkata: “Puak mana yang suka sangat menghina? Fikir-fikirkanlah.”

“Langkah terbaik perlu untuk pastikan keharmonian kaum,” kata Nordeen Deen manakala Goriati Usman menulis: “Good job SKMM… Alvin memang psycho!!!!”

No comments:

Post a Comment