ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEKOLAH ALIRAN AGAMA ISLAM PERLU DIBUKA KEPADA BUKAN MUSLIM - DR MAZA

Wednesday 8 October 2014

SEKOLAH ALIRAN AGAMA ISLAM PERLU DIBUKA KEPADA BUKAN MUSLIM - DR MAZA

Sekolah aliran agama Islam perlu dibuka kepada bukan Muslim - Dr Maza

Sekolah aliran agama Islam perlu dibuka kepada yang bukan Muslim bagi memperlihat kepada masyarakat keluasan Islam dan kemampuan ajaran Islam mendidik dan mendamaikan antara manusia, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Mohd Asri juga berkata kaedah itu juga boleh menjadi satu medan dakwah untuk masyarakat bukan Muslim melihat dan memahami kehidupan orang Islam dengan lebih dekat.

Katanya, untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah masyarakat yang berbilang kaum dan latar agama, seseorang hendaklah memahami perbezaan antara mereka dan mengetahui pendekatan yang sesuai.

"Sekolah agama di negara kita biasanya hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar Muslim sahaja. Ini sering menyebabkan ada lulusan sekolah agama kurang memahami latar pihak lain. Sama halnya dengan sekolah aliran kaum tertentu.

"Oleh kerana Islam itu memimpin, saya mencadangkan untuk sekolah aliran agama Islam membuka ruang dalam peratusan tertentu untuk pelajaran non-Muslim juga jika ada yang ingin belajar.

"Jika sekolah-sekolah missionary Kristian mampu melakukannya, mengapa kita tidak?" tulis beliau di laman Facebooknya malam tadi.

facebook dr maza

Katanya, membuka sekolah aliran agama Islam kepada bukan Muslim juga boleh memberi keyakinan kepada lulusan sekolah berkenaan untuk bergaul dan memahami pendekatan yang sesuai dan tidak menjadi defensif.

Selain itu, beliau menjelaskan melalui kaedah itu, pelajar Muslim boleh belajar secara amali bagaimana berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam secara harmoni dan toleransi seperti yang diajar oleh Islam.

"Memperlihat kepada masyarakat keluasan Islam dan kemampuan ajaran Islam mendidik dan mendamaikan antara manusia.

"Ia juga mampu menyuburkan ilmucomparative faith studies," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment