ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEBARAN SEGERA : BUDAK LELAKI UMUR ANTARA 1-2 TAHUN DITEMUI BERKELIARAN DI JALAN PERSIARAN GURNEY !!!

Friday 17 October 2014

SEBARAN SEGERA : BUDAK LELAKI UMUR ANTARA 1-2 TAHUN DITEMUI BERKELIARAN DI JALAN PERSIARAN GURNEY !!!


Georgetown: Seorang kanak-kanak lelaki berusia antara setahun dan dua tahun ditemui berkeliaran seorang diri di tepi jalan di Persiaran Gurney di sini, malam tadi.

Ketika ditemui orang ramai pada jam 11 malam itu, kanak-kanak yang memakai baju Melayu berwarna biru itu dipercayai ditinggalkan seseorang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Pulau Tikus untuk pemeriksaan lanjut dan selepas lebih 12 jam, polis masih gagal mengesan keluarga kanak-kanak berkenaan.

"Kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan sihat dan hanya terdapat bekas gigitan nyamuk pada pipi kirinya.

“Dia akan dihantar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.

"Kami ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali waris kanak-kanak itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 atau balai polis berhampiran," katanya.
hmetro

No comments:

Post a Comment