Seperti yang dijangka, Samsung memperkenalkan jam tangan Gear S pada pelancaran GALAXY Note 4 hari ni. Gear S merupakan jamtangan pintar pertama dari Samsung, yang mempunyai slot untuk kad sim.
Gear S mempunyai skrin lengkung sebesar 2-inci, dengan paparan Super AMOLED. Ia menggunakan OS buatan Samsung sendiri, iaitu Tizen. Ini bermakna Samsung belum mengeluarkan sebarang peranti berasaskan OS Android Wear.
Dengan menggunakan sim-kad sendiri, Gear S tidak memerlukan sambungan dengan telefon untuk sambungan data. Selain sambungan 3G, ia juga boleh berhubung dengan Bluetooth & WiFi. Dengan bateri berkapasiti 300mAH, ia dijangka boleh bertahan sehingga 2 hari.
Seperti produk Gear sebelum ni, Gear S adalah peranti kalis air & debu IP67. Ia mempunyai sensor seperti accelerometer, gyroskop, lampu, UV, barometer, kompas, dan pengesan degupan jantung. Ia adalah peranti yang sesuai untuk peminat gaya hidup kesihatan.
Samsung Gear S akan mula dijual di Malaysia pada bulan November dengan harga RM 1099.
No comments:
Post a Comment