ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PESTA ARAK: ADUN DAP BIDAS KENYATAAN MP PAS, NASRUDDIN HASSAN

Wednesday 8 October 2014

PESTA ARAK: ADUN DAP BIDAS KENYATAAN MP PAS, NASRUDDIN HASSAN



Shah Alam – ADUN DAP dari Bukit Tunku, Lau Weng San mempersoalkan tindakan ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi apabila membidas penganjuran Pesta Oktoberfest.

Katanya, iklan tersebut juga dibuat dalam Bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Malaysia.

Apatah lagi, ia memang untuk bukan Muslim sahaja.

“Apa masalah dengan Nasrudin Hasan Tantawi ? Iklan ini tidak dalam Bahasa Malaysia pun. Memang ia untuk bukan Muslim sahaja.

“Saya kesal dengan kenyataan Nasrudin Hassan Tantawi hari ini tentang tulisannya tentang penganjuran Pesta Oktoberfest,” katanya melalui laman sosaial Facebooknya.

Malah, beliau menyifatkan tindakan Nasruddin itu sebagai tidak relevan dan kurang matang.

Beliau juga turut menyenaraikan beberapa sebab berikut:

1. Pesta Oktoberfest telah diadakan di negara ini sejak sekian lama dahulu. Ianya tidak mendatangkan masalah kepada umat Islam kerana memang umat Islam ditegah untuk mengambil bahagian dalam pesta ini.

Tiada penganjur Pesta Oktoberfest yang berani mengundang masalah dengan membenarkan umat Islam mengambil bahagian dalam pesta ini.

Pesta ini biasanya diadakan di premis swasta dan bukannya tempat awam. Nasrudin Hassan Tantawi harus membezakan antara pengunjung-pengunjung ke Pesta Oktoberfest dengan kaki-kaki botol di taman-taman awam.

2. Malaysia khususnya Selangor ialah sebuah negera/negeri berbilang kaum dan agama. Minuman beralkohol dibenarkan di negara ini.

Selagi pengunjung-pengunjung Pesta Oktoberfest menjaga akhlak diri dan tidak menganggu ketenteraman awam, maka tiada sebab ianya ditegah.

Sekiranya pun mereka mabuk dan mengganggu ketenteraman awam, maka pihak PBT dan PDRM mempunyai kuasa di bawah peruntukan undang-undang yang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengunjung-pengunjung ini.

Salahnya adalah pada pengunjungnya dan bukan penganjurnya.

3. Dalam keadaan di mana rakyat Malaysia terhimpit oleh kenaikan harga yang bakal melanda tanahair tercinta ini akibat kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20sen seliter, yang harus ditegur Nasrudin Hassan Tantawi sebagai Ahli Dewan Rakyat ialah isu ini kerana kenaikan harga ini mempunyai kesan yang lebih teruk ke atas pengundi di kawasannya dan pengundi-pengundi Melayu Islam. Belum lagi saya dengar atau baca tegurannya.

4. Kerajaan Selangor semasa zaman Tan Sri Khalid Ibrahim telah menetapkan satu garis panduan “self-regulating” terhadap kedai-kedai serbaneka seperti 7-11 yang beroperasi 24 jam agar tidak menjual minuman beralkohol kepada Muslim.

Garis panduan ini masih dipakai sehingga sekarang.

Lagipun, kilang Carlsberg yang berada di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dibina dan dirasmikan oleh Allaryarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua dan bapa kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Pekerja-pekerja kilang ini ialah rakyat Malaysia bukan Muslim yang tinggal di sekitar Shah Alam.

Tiada masalah selama ini, kenapa Nasrudin Hassan Tantawi perlu membangkitkan isu kilang Carlsberg ini pula?

5. Apa yang perlu dilakukan oleh PBT dan PDRM ialah penguatkuasaan terhadap kaki-kaki botol yang mengganggu ketenteraman awam di taman-taman perumahan, begitu juga dengan penjualan wiski-wiski murahan di kalangan bukan Muslim.

Biar isu itu jelas dan terang dalam perbicaraan kita. Jangan dicampur aduk pula perkara-perkara yang tidak relevan seperti Pesta Oktoberfest dan kilang Carlsberg.

Malah, beberapa pengikut laman sosial Facebooknya itu turut menyokong tindakan beliau.

Sean Kan Ya: Apa salahnya dengan ia walaupun ia adalah dalam BM? Bukan semua Cina dan India yang tahu baca Bahasa Inggeris.

Malah, kenyataan itu turut dibalas oleh ADUN tersebut dan disokong seorang lagi pengikutnya.

Lau Weng San: Ya lah. Memastikan acara ini disasarkan kepada Ang Moh yang Bate bekerja di sini. Dengan GST dan kenaikan harga bahan api, walaupun bukan Melayu tidak mampu apa-apa mewah Oktoberfest.

Loong Yee Koh: Tidak mampu, tetapi masih mahu minuman. Yam Sing.
SuaraTV

No comments:

Post a Comment