ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERTIKAI BUMIPUTERA : ANAK SAUDARA KARPAL SINGH DIRAKAM KETERANGAN

Wednesday 1 October 2014

PERTIKAI BUMIPUTERA : ANAK SAUDARA KARPAL SINGH DIRAKAM KETERANGAN


PETALING JAYA: Polis merakam keterangan anak saudara kepada bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang merupakan pelajar jurusan undang-undang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di laman sosial Facebook.

Dalbinder Singh Gill, 24, yang bertindak mempertikai keistimewaan bumiputera dan raja telah diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Pulai Pinang pada 10.45 malam Selasa.

Dia kemudian dibebaskan pada pukul 1.30 pagi Rabu.

"Saya telah diberitahu bahawa terdapat laporan yang dibuat oleh polis sendiri sebelum saya ditahan," katanya.

Dalbinder memberitahu, berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan berkenaan, polis terpaksa merampas sebuah telefon bimbit dan tablet untuk membantu siasatan.

Jelasnya, dia juga perlu melapor diri kepada balai tersebut selepas sebulan sebagai susulan.

No comments:

Post a Comment