ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENYAMUN KEJAM TUMPAS

Friday 17 October 2014

PENYAMUN KEJAM TUMPAS


Subang Jaya, 17 Oktober – Dua perompak didapati gemar menyeksa mangsa dengan mengikat serta memukul mangsa berulang kali sebelum melarikan barang berharga dari kediaman dicerobohi akhirnya tumpas apabila kedua-dua suspek berjaya diberkas polis di kawasan Pinggiran USJ di sini kelmarin. 

Tindakan tidak berhati perut dilakukan suspek berusia 27 dan 31 tahun di lakukan setiap kali mereka melakukan kes rompakan terutama di sekitar kawasan Pinggiran US J di sini, sejak beberapa minggu lalu. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek diberkas kira kira jam 6.30 petang selepas polis menerima maklumat awam.

“Suspek cuba bertindak agresif namun kedua-dua mereka berjaya diberkas selepas bergelut dengan anggota polis," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan dan menggunakan senjata.
HMetro

No comments:

Post a Comment