ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMANDU BAS PARAH DITIKAM PENUMPANG

Monday 6 October 2014

PEMANDU BAS PARAH DITIKAM PENUMPANG

Pemandu Bas

Georgtown – Seorang pemandu bas Rapid Penang parah ditikam seorang wanita dipercayai kurang siuman dalam kejadian di Relau, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, mangsa, Aisyamudin Yaacob, 30-an parah selepas ditikam di paha kiri oleh seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang dipercayai berang selepas pemandu bas berkenaan enggan memberhentikan kenderaan di hadapan rumahnya.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai, Anuar, 30-an, berkata ketika kejadian dia menaiki bas berkenaan dari Jeti Pengkalan Weld di sini, untuk pulang ke rumahnya.

“Suspek menaiki bas berkenaan di sebuah stesen di Air Hitam sebelum menekan loceng untuk berhenti di rumahnya dekat Green Garden di sini. Bagaimanapun, pemandu bas itu memberhentikan kenderaan di stesen bas berhampiran.

“Wanita itu berang kerana pemandu bas berkenaan enggan memberhentikan bas di hadapan rumahnya bertindak mengeluarkan satu senjata tajam dan menikam paha mangsa,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu hanya lima penumpang berada di dalam bas itu, turut panik dengan kejadian terbabit.

“Pemandu itu bertindak memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum wanita itu terus melarikan diri,”katanya.

Katanya, pemandu itu dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini polis masih mengesan wanita terbabit yang melarikan diri sejurus kejadian.

No comments:

Post a Comment