ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MINYAK NAIK : KOMEN UKE UNTUK PARA PEMIMPIN YANG "SDANG BERKUASA !!!

Wednesday 1 October 2014

MINYAK NAIK : KOMEN UKE UNTUK PARA PEMIMPIN YANG "SDANG BERKUASA !!!



KUALA LUMPUR- Ulama tersohor tanah air, Ustaz Kazim Elias menegur penasihat dan kerajaan yang bertanggungjawab dalam kenaikan minyak RON95 mulai tengah malam ini.

Beliau memuatnaik status di akaun media sosial “Facebook” sebentar tadi menyatakan bahawa belum terlambat untuk kerajaan mengkaji semula kenaikan harga minyak ini disamping beliau menyarankan agar memotong kos perbelanjaan lain selain daripada minyak.

Selain itu, Ustaz Kazim Elias turut mencadangkan kerajaan mencari kaedah terbaik bagi mengurangkan kos barangan yang dijangka naik menjelang hari esok,

Dalam pada itu,Ustaz Kazim turut menyentuh tentang pemberian BR1M yang tiada faedah jika kos barang terus meningkat akibat dari kenaikan bahan api.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial berang dan tidak setuju dengan kenaikan secara mendadak sebegini yang boleh menjejaskan persiapan Hari Raya Aidil Adha yang dijangka disambut Ahad ini di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment