ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MH17 : LIMA JENAZAH KUMPULAN KE-6 DIBERI PENGHORMATAN TERAKHIR

Friday, 3 October 2014

MH17 : LIMA JENAZAH KUMPULAN KE-6 DIBERI PENGHORMATAN TERAKHIR


3 OKT : Lima lagi jenazah warga Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 selamat tiba di tanah air hari ini dari Amsterdam, Belanda dan diberikan penghormatan dalam satu istiadat penuh ketenteraan seperti sebelum ini.

Pesawat komersial MH19 yang membawa kumpulan keenam tiba di perkarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 8.38 pagi tadi.
mh17 kump ke-6Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim bersama ahli keluarga dan waris mangsa nahas.
Hadirin kemudiannya bertafakur selama seminit pada 8.58 pagi sebagai penghormatan kepada lima jenazah tragedi MH17 itu.
Kumpulan keenam mangsa MH17 itu terdiri ahli keluarga terakhir kepada Allahyarham Tambi Jiee iaitu Muhammad Afruz Tambi; Liew Yau Chee; Lee Kiah Yeen; Meling Anak Mula dan Mathew Ezekial Sivagnanam.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Khamis memaklumkan Jenazah Muhammad Afruz dan Meling Anak Mula akan diterbangkan menggunakan pesawat C130, masing-masing ke Kuching dan Bintulu.
Manakala bekas abu Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen akan dibawa ke Nirvana Sungai Besi manakala jenazah Matthew Ezekial Sivagnanam pula akan dibawa ke St. Fatima Church di Brickfields.
mh17 kump ke-6 2
“Daripada lima jenazah ini, tiga jenazah akan diterima dalam keranda, manakala dua jenazah (pasangan suami isteri (Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen) akan dibawa dalam bekas abu.

“Bagaimanapun, dua bekas abu tersebut akan dibawa dalam satu kenderaan jenazah sahaja atas permintaan keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Hishammuddin berkata sehubungan itu pihak kerajaan amat mengharapkan semua pihak termasuk media supaya menghormati kesedihan yang dirasai keluarga mangsa tragedi MH17 sekali gus bersama-sama menjaga privasi dan sensitiviti mereka.
Setakat ini kerajaan berjaya membawa pulang 37 jenazah rakyat Malaysia dari Belanda termasuk seorang yang memiliki dua kewarganegaraan Malaysia dan Belanda iaitu Loh Yan Hwa.
mh17 kump ke-6 3
Jumlah 42 jenazah ini melibatkan 25 orang beragama Islam dan 17 bukan Islam.

Jumlah ini juga melibatkan 27 penumpang serta 15 anak kapal.

Ini bermakna hanya dua lagi jenazah warganegara Malaysia belum dapat dikesan atau dikenal pasti.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata kerajaan konsisten bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak pesawat MH17 harus dibawa ke muka pengadilan dan seterusnya menerima hukuman yang setimpal atas jenayah atau pembunuhan yang mereka lakukan.

Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. – bnbbc.my

Lintas lalu kenderaan yang membawa jenazah Muhammad Afruz Tambi, Liew Yau Chee, Lee Kiah Yeen,
Meling Anak Mula dan Mathew Ezekial Sivagnanam di hadapan hadirin sebagai tanda penghormatan terakhir.

No comments:

Post a Comment